Batu Rasyid
Batu Rasyid

Batu Rasyid

Batu Rasyid atau Batu Rosetta (Bahasa Arab: حجر رشيد‎, translit. Ḥajr Rasyīd, Bahasa Perancis: Pierre de Rosette, Bahasa Inggeris: Rosetta Stone) ialah sebuah batu bersurat granodiorit gelap yang mempunyai tulisan yang terdiri daripada dua bahasa; bahasa Mesir dan bahasa Yunani serta tiga salinan bertulis dalam hieroglif, abjad Yunani dan abjad demotik Mesir. Oleh kerana tulisan Yunani diketahui ramai, masyarakat dunia dapat mempelajari bahasa Mesir menerusinya pada abad ke-16 dahulu. Batu ini dinamakan sedemikian kerana ditemui semasa pembinaan Fort Julien berdekatan Rasyid (atau Rosette dalam bahasa Perancis) semasa penaklukan Perancis di Mesir dan Syam zaman Napoleon Bonaparte.Batu ini diukir pada zaman Raja Ptolemaios V dimahkotakan ketika berusia tiga belas tahun apabila berlakunya kekecohan di Mesir. Pemerintah muda ini menghadapi cabaran untuk menuntut kembali tanah Mesir yang telah ditakluk dan untuk menyatupadukan rakyat semula. Dalam usaha untuk mengembalikan hak undang-undang kepada pemerintah dan mencipta sistem agama diraja, para pendeta Ptolemaios mengeluarkan dekri. Dekri itu ditulis di atas bongkah-bongkah batu dan didirikan di seluruh Mesir. Batu Rosetta ialah salinan dekri ini yang dibuat di bandar Memphis, ditulis pada 196 SM. Orang Yunani gemar menghasilkan barang dengan dwibahasa dan dalam kes ini, kita ada bahasa Yunani dan Mesir.Batu ini adalah salah satu daripada tiga batu yang khas dibuat bagi raja-raja Ptolemaios III, Ptolemaios IV, dan Ptolemaios V. Tahun Lompat dicatat dalam Batu 1, Batu Kanub (Canopus) untuk Ptolemaios III.Ada tiga lagi salinan batu tersebut yang ditemui, dan beberapa prasasti Mesir dalam dwi/tribahasa ada dijumpa, termasuklah tiga dekri Ptolemios yang dibuat lebih awal: Dekri Iskandariah dari tahun 243 SM, Dekri Kanub dari tahun 238 SM, dan dekri Ptolemaios IV di Memphis dari lingkungan tahun 218 SM. Ada salinan yang dibuat daripada batu kapur bernama Stele Nubairah tetapi ia ditulis bertindih berkali-kali sehingga ia rosak. Kini, batu bersurat ini tidak lagi unik, tetapi masih telah mainkan peranan penting dalam pemahaman sastera dan budaya Mesir purba.

Batu Rasyid

Lokasi terkini Muzium British
Dicipta 196 SM
Ditemui 1799
Tulisan Hierogliph Mesir Purba, tulisan Demotik dan Greek
Saiz 114.4 × 72.3 × 27.93 sm
(45 × 28.5 × 11 in)
Bahan Granodiorit

Rujukan

WikiPedia: Batu Rasyid http://science.howstuffworks.com/environmental/ear... http://www.britishmuseum.org/explore/highlights/ar... http://www.britishmuseum.org/explore/highlights/ar... http://www.britishmuseum.org/explore/highlights/hi... http://www.britishmuseum.org/explore/online_tours/... https://books.google.com/books?id=b6Gx-MwHvaoC&pg=... https://books.google.com.my/books?id=jHJUAAAAYAAJ&... https://web.archive.org/web/20120119163348/http://... https://web.archive.org/web/20120831195317/http://... https://web.archive.org/web/20150116185450/http://...